Sebarkan SALAM-MU

Salam2


kat sini aku nak kongsikan satu lagu yang hebat dipasaran. ha3


First time aku dengar lagu ni, time aku kat matrik dulu (agak2 dlm dua tahun lepas la). Actually (nak speaking jap, leh?),
lagu nih mengandungi unsur2 motivasi cket (mungkin boleh jadi banyak) kerana mood lagu nih pon berunsur nashid.


walaupon liriknya agak sempoi, tapi yang tersirat di dalamnya amatlah luas,


maksud aku sempoi kat sini bukan lah tak kreatif dalam penulisan lirik, tapi apa yang lebih penting
sesuatu mesej yang ingin disampaikan itu haruslah Jelas dan mudah difahami.


(bagi aku, nashid pon dikira berdakwah gak, so tak semestinya nak sampaikan dakwah tu perlu ayat2 tahap SUPERMAN yang terlampau tinggi bahasanya)


Contohnya, lagu2 raihan lagi mendapat tempat dalam hati masyarakat berbanding lagu2 nashid yang lain,
agak2 kenapa yer?


cuba pikir jap.


Sementara nak tunggu korang pikir tu layan la lagu nih dulu






So Harap korang enjoy.
boleh juga download lagu itu disini KLIK


<ada masa boleh la baca buku nih, kalau sempat>



Jiwang seorang engineer

Alhamdulillah ari nih umurku genap 21 tahun.
dalam bosan2 dok kat rumah tu, aku ter-pikir lak nak hupdate blog-ger nih.
Nak ckp banyak pun tak guna, (even, sebenarnya aku memang tak suka cakap banyak pon kan). So aku luah-kan isi hati dalam 13 baris ayat nih. (xtau la bende ape yang aku wat nih-boleh jadi pantun, syair, puisi, sajak n lirik lagu pon boleh)

Suka hati korang la nak baca cam-mane :--

Harapan seorang lelaki, 

 Cinta yang telah pergi
diri ku kembali sunyi
Jiwa ku hadir perasan sepi
Penantian ini ku menangis tak terhenti

Penantian itu satu penyeksaan
memendam rasa yang tidak sehaluan
untukmu hadir rasa kerinduan
Kerinduan ini penuh harapan

Aduhai Kasih dimana dikau
aduhai cinta,ku merinduiMu
cinta pertama yang datang kehatiku
namun kau hanya "sementara" untukku

Pertama kalinya cinta ku biarkan pergi
hatiku sedih, meraung cinta yang pergi
pergi kemana pun tidak ketahui
Untuk itu ku mohon Doa kepada Ilahi

Gambar Hiasan

Tak la best sangat kan, n even tak boleh la nak kalah-kan
Sasterawan2 negara tu.
aku nih future Engineer (hopefully)
tak la cukup ilmu nak update ayat tu ke "bahasa tinggi"
tak ada jugak pengalaman nak puitis2 nih

But my point is who ever he is,
he must "loud clearly"

got it??

kalau bosan layanlah lagu ni KLIK

SuArA HiJRah Si PeLAKu DosA

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


SuRat CiNtA uNTuKmu PriA

Dengan nama Allah... 
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran.


Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai Pria.


Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!



Kau takkan pernah dapat memberi jawapan,
Kerna jawapannya bukan di tanganmu,
Tetapi di tangan-Nya.
Di tangan Tuhan kita; Allah,
Tuhanku dan Tuhanmu.

Gelisahku memikirkan dirimu,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku,
Aduhai Cinta,
Maafkan aku,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu.

Jemput diriku pabila waktunya tiba,
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia,
Akan kucipta cinta bersama Dia,
Sebelum kucipta cinta antara kita.

Jadilah dirimu kumbang yang hebat,
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar,

Untuk itu, Aku tinggalkan dirimu pada-Nya


  
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu,
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya,
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini,
Jika benar aku tercipta untukmu,
Tiada apa yang dapat menghalangnya,
Sebelum saat itu tiba,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap.

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) [Surah An Nur: 26]

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata,
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti.

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu,
Daripada yang sekarang (permulaan),
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Surah Ad dhuha: 4 & 5]

Beruntunglah kamu!

Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita

Allah memilihmu!
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[Surah As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Surah Fussilat: 30]

Dan tika kamu merasa lemah,
Mohonlah kekuatan dari-Nya,
Allah itu dekat,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
Maka mohonlah perlindungan kepada Allah,
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [Surah Fussilat: 36]

Kamu dan aku adalah intan terpilih,
Berdoalah aku kuat dan tabah untuk menjaga kilauanku,
Berdoalah tiada sang kumbang durjana merosakkannya sebelum yang halal tiba,
Aku juga sentiasa mendoakanmu agar dalam peliharanya,
Sentiasa.

maxis vs celcom !!!!

Artikel ni dah lama sebenarnya, tapi mungkin xramai lagi yang tahu mengenainya.

Ini khas untuk pengguna maxis SAHAJA!!!
mana lagi bagus???


1-Maxis menyalurkan 10% keuntungan kpd IFC(pertubuhan kuffar di malaysia yang berkeras MENGHANCURKAN ISLAM)

2-Ananda Krishnan melabur saham hotlink ke sebuahpusat judi terbesar,BINARIANG GENTING!

3-Maxis ddapati menyalurkan bantuan ke india bagi membantu puak2 pelampau india disana yg berusaha menghapuskan UMAT ISLAM.

4-Maxis turut menaja maintainence bg penjagaan patung besar buddha di batu caves. GEMPAR!Gereja didalam UPM sedang dibesarkan.

pakai je la celcom


kalau tak percaya boleh klik disini Link

Saya TETAP bersama HIMPUN


SENARAI PENGANJUR BERSAMA HIMPUN

Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN
Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA
Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA
Pimpinan Majlis Ugama Islam
Teras Pengupayaan Melayu | TERAS
Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT
Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM
Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM
Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS
Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD
Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM
Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM
Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM

Pribumi Perkasa Negara | PERKASA

Persatuan Ulama’ Malaysia | PUM
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS
Gabungan Persatuan Silat
Gerakan-gerakan belia
Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
wakil-wakil rakyat beragama Islam
.. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam


SENARAI PENYOKONG HIMPUN


PEMUDA PAS
PEMUDA UMNO
Wanita UMNO
Oh! Media
1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad|
Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah |
Islam Itu Indah |
BeautifulNara |
Nasyeed.com |










Kami dah SOKONG HIMPUN, anda bila lagi???

Aku dah semakin Jauh.....

Kes A
Memang biasanya aku ligat tetapi sekarang ini aku tengah down lah. Kau teruskanlah apa yang kau rasa baik untuk persatuan kita.

Kes B
Masa belajar di luar negara dulu memang saya aktif dan sentiasa bersemangat. Keadaan sekarang berbeza. Saya ada tanggung-jawab yang terlalu banyak yang mesti ditunaikan. Kerjaya saya sangat sangatdemanding dan amat mencabar. Tuan doakanlah untuk saya.

Kes C
Dialah dulunya yang mendidik saya agar jadi orang baik dan berguna kepada masyarakat. Namun kini dia tidak seperti dulu, bahkan lebih teruk apabila dia pula yang menentang apa yang perjuangkannya sebelum ini.

Futur
Futur bererti lemah, malas, berhenti atau terputus setelah dahulunya dia rajin dan konsisten. Di dalam konteks berkebajikan atau amal dakwah, ia adalah sejenis fenomena penyakit yang menimpa seseorang aktivis dalam bentuk rasa malas, menunda, berlambat-lambat dan lebih menyedihkan ialah apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada berbuat sesuatu yang baik setelah dia pernah beriltizam dengannya.

Kenapa futur bahaya?

Walaupun futur adalah fenomena yang biasa berlaku di dalam diri seseorang tetapi ia mestikan diuruskan dengan baik agar sejajar dengan sunnah. Jika tidak ia akan menyebabkan kesan-kesan yang buruk.


Di antaranya :

1. Cuai kepada tanggung-jawabnya.

Futur menyebabkan seseorang menjadi lemah dan malas di dalam menunaikan amanah dan tanggung-jawab yang dipikulnya. Ini menyebabkan tugasan tersebut tertangguh atau terbengkalai keseluruhannya.

2. Gugur dari jalan kebaikan.

Sekiranya futur dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan, maka dia akan menjadi satu tabiat. Lama kelamaan penyakit ini menjadi sebati dan seseorang itu menjadi semakin jauh dari amal kebaikan dan dia terus tenggelam di dalam dunianya. Apabila dia gugur dari jalan kebaikan , maka hilanglah kebaikan yang banyak darinya. Bahkan lebih teruk lagi apabila dia pula yang menentang seruan kebaikan yang pernah diperjuangkannya.

3. Mati di dalam keadaan yang futur.

Apabila futur sudah menjadi kebiasaannya, maka dia menanggung risiko besar untuk mati di dalam keadaan sedemikian. Amat kita takuti sekali jika Allah swt mengambil nyawa kita sedangkan kita dalam keadaan futur, sedangkan Allah swt menghisab amal seseorang berdasarkan akhir hayatnya. Di atas sebab irulah Rasulullah s.a.w mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dengan doa;

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindung kepadaMu dari penyakit lemah dan malas. (Hadith riwayat Abu Daud)

Kenapa boleh futur ?

Di sana, terdapat banyak pintu yang boleh membuka jalan kepada futur

1-Terlebih di dalam pergaulan. Rasulullah s.a.w menasihatkan supaya kita memilih kawan sebagaimana sabdaannya yang bemaksud;

“Seseorang itu mengikut agama temannya kerana itu hendaklah kamu melihat orang yang kamu jadikan teman.” (Hadith riwayat Abu Daud)

2-Berlebih-lebihan atau melampau di dalam beramal

Ramai aktivis muda begitu bersemangat pada mulanya untuk melakukan pelbagai perkara sehingga melupakan anjuran Islam dan kemampuan diri sendiri. Akhirnya apabila fenomena futur menjelma, maka dia menjadi lemah dan bosan. Ada juga di kalangan manusia yang suka dan berlebihan menilai orang lain, namun kemudiannya dia sendiri futur dan menjadi lebih jelek dari orang yang dinilainya.

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Lakukanlah amal sesuai dengan kemampuanmu kerana sesungguhnya Allah tidak merasa bosan sehingga kamu sendiri merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang dilakukan secara berterusan walau pun sedikit. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3-Berlebih-lebihan dalam perkara yang harus.

Satu contoh berlebihan di sini ialah di dalam melayari internet, chatting atau berFB. Apabila berlebihan dengannya, seseorang itu akan ketagihan sehingga banyak masa yang digunakan untuk ‘terbang’ di alam siber. Akibatnya masa untuk berbuat kebaikan menjadi kurang dan dia sering merasa konflik antara dua perkara ini.

4- Suka bersendirian.

Apabila seseorang suka bersendirian, maka dia telah hilang satu sistem pertahanannya daripada syaitan. Syaitan ibarat serigala yang sentiasa mengintai kambing yang terasing dari kumpulannya. Pastinya syaitan akan sentiasa berbisik agar seseorang itu meninggalkan amal kebaikan yang diperjuangkannya. Kita hanya akan mampu berkekalan di dalam kebaikan sekiranya terus bekerja dan hidup di dalam keadaan berjamaah dan bermasyarakat.

5-Kurang mengingati mati.

Antara faktor yang menjadi pemangkin kepada perjuangan ke arah kebaikan ialah dorongan untuk mendapat pahala, rindu dengan syurga, takutkan dosa dan siksa neraka. Amat penting bagi kita untuk terus mendidik diri agar istiqamah di dalam ibadah seperti membaca al Quran, solat subuh berjamaah dan amalan-amalan lain yang akan mengingatkan kita kepada akhirat dan bukan hanya bercakap mengenai hal ehwal semasa atau politik semata-mata.

6-Enteng dengan perkara syubhat dan berbuat dosa.

Ada orang yang suka mengambil mudah atau enteng memandang dosa-dosa kecil. Lama kelamaan dia tercebur dan berterusan dengannya. Manusia pasti melakukan silap dan dosa tetapi apabila berterusan melakukannya maka ini akan menyebabkan hatinya gelap, dia menjadi futur dan kemudiannya berakhir dengan gugur.

7-Hati yang berpenyakit

Ada di kalangan manusia berbuat kebaikan kerana inginkan nama dan populariti, ada yang berbuat demikian untuk mencuri hati gadis yang dicintainya dan pelbagai sebab yang lain. Kegagalan untuk memperbetulkan atau memperbarui niatnya akan menyebabkan dia sukar untuk bertahan lama daripada futur dan terus berundur.

8-Permasalahan dalaman organisasi

Bermacam-macam faktor yang boleh menyebabkan konfliks internal. Hanya mereka yang mampu berbesar hati dan berlapang dada serta dengan kebijaksanaan kepimpinan maka permasalahan-permasalahan ini akan dapat diatasi dengan baik.

9-Terlalu asyik dengan kerjaya dan dunianya.

Apabila seseorang telah menjadi terlalu asyik dengan kehidupannya, maka diai boleh tenggelam dengannya dan sukar untuk bangkit melainkan sekiranya dia ikhlas, intim hubungannya dengan Allah swt dan bersegera bangkit setelah dilanda futur.

Mari kita renungi bersama maksud sabdaan Rasulullah saw ini :

Sesungguhnya ada seorang hamba yang beramal dengan amalan ahli syurga menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni neraka, ada seorang hamba beramal dengan amalan ahli neraka menurut apa yang nampak di hadapan manusia, (namun) sebenarnya dia adalah penghuni syurga. Sesungguhnya amal-amal itu bergantung daripada akhirnya. [Hadith riwayat Bukhari]

Akhir kalam,

Syakhsiah diadun berdikit-dikit,
Tanpa gopoh dan tanpa kendur,
Andainya futur segera bangkit,
Usah dibiarkan bersembah gugur.


Salam perjuangan

Harap aku juga bersama mereka


SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-’Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek….

PIMPINAN IM

1.Hassan Al Banna (1928-1949)



2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)


3.Umar Tilmisani (1972-1986)


4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)


5.Mustafa Masyhur (1996-2002)


6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)


7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)


Jom Beraya


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Alunan takbir dan tahmid mengenangkan kita kepada sejarah keagungan dan kemegahan Islam, apabila umat Islam berkuasa dan berjaya menundukkan tentera ahzab, satu titik permulaan kepada siri pembukaan Islam sehingga Islam berjaya mengusai dua pertiga dunia.

Allah Maha Besar, tiada yang boleh mengalahkanNya, Dia yang telah memenangkan tentera Islam dan segala pujian bagi Allah SWT. Allah telah menunaikan janjiNya dan mengalahkan tentera bersekutu. Dialah Allah yang Maha Esa.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Rangkap-rangkap takbir dan tahmid ini menjadi syiar yang dialunkan setiap tahun untuk memastikan jiwa mukmin sentiasa merasa izzah (bangga) dengan Islam, hidup dengan kebanggaan dan kemenangan. Sentiasa berada dalam kecemburuan yang tinggi terhadap maruah dan kemuliaan agama.

Walaupun dari segi politik, ekonomi, teknologi dan ketenteraan, umat Islam telah kalah kepada barat, jiwa mereka tidak sepatutnya merasa kalah. Jiwa keperwiraan untuk menuntut kemuliaan dan ketinggian harus terus membara selama takbir dan tahmid raya berkumandang dan ayat-ayat jihad dihayati.

Kekalahan yang paling teruk ialah kekalahan jiwa. Selama jiwa tidak kalah selama itu perjuangan untuk merampas semula kemuliaan akan diteruskan. Namun hari ini, kita melihat umat Islam diancam dengan kekalahan terakhir ini.

Sensitiviti umat Islam seakan-akan tiada lagi apabila dengan rela hati mereka menerima penghinaan. Mereka melihat pencabulan akidah dan pencerobohan kedaulatan negara sebagai perkara biasa, tanpa sedikit pun merasa terhiris.

Umat terdahulu pantang disentuh. Soal maruah dan harga diri jangan dicabar. Pantang orang kafir mengangkat kepala dalam negara Islam. Hari ini orang Islam di dalam negara Islam dengan senang hati boleh melantik orang kafir sebagai pemimpin mereka. Menghulur tangan menerima bantuan seratus dua ratus ringgit daripada orang kafir, berduyun-duyun mendengar tazkirah dan ceramah dari orang yang tidak beriman. Ke mana perginya maruah dan harga diri? Wahai umat Al-Quran dan umat Ar-Risalah!

Saya kira ini adalah hukuman Allah akibat dari kita meninggalkan agamaNya. Allah telah menghukum kita dengan kehinaan ini. Kehinaan dikuasai oleh orang bukan Islam, mengharap ihsan daripada mereka yang syirik. Sesungguhnya ia adalah seburuk-buruk hukuman.

Allah mengutuskan Islam untuk memuliakan kita. Menjadikan kita kaum yang di atas, membawa hidayah dan rahmat kepada sekalian alam, tetapi kita telah meninggalkan Islam lalu Allah telah menimpakan kita dengan kehinaan.

Sesungguhnya bagi Allah SWT segala kemegahan dan kemuliaan, bagi rasulNya dan bagi sekalian orang beriman.

Saidina Umar r.a. pernah berkata, “Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan Islam, selama kita mencari kemuliaan daripada selain Islam, Allah akan menghina kita.”

Demi maruah dan kemuliaan Islam, Saidina Abu Bakar r.a. telah menyediakan sebelas pasukan tentera untuk memerangi puak murtad dan berkata, “Kalau mereka halang satu untai tali pun yang mereka tunaikan kepada Rasulullah s.a.w., aku akan memerangi mereka.”

Harun Ar-Rashid mengancam Nakfur maharaja Rom dalam sepucuk surat yang diutuskan kepada maharaja Rom tersebut dengan katanya, “Bismillahirrahmanirrahim, dari Harun Ar-Rashid Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jika kamu tidak membayar jizyah aku akan memerangi kamu dengan tentera yang awalnya di sisi kamu dan akhirnya di sisi aku”.

Hari ini orang kafir di tempat kita mengugut kita dan mengancam kita, kita masih memandang biasa, belum cukup itu semua untuk meremangkan bulu-bulu roma kita.

Khalifah Islam Abu Ishaq, Muhammad bin ar-Rashid al-Muktasim telah menakluk Amuriah apabila mendengar seruan wanita yang menyeru: “Wahai Muktasim! Apabila maharaja Room menyerang sempadan negara Islam dan membunuh lelaki dan menculik kaum wanita Islam.

Dan sultan pahlawan Islam, Solahuddin al-Ayyubi telah menyerang kubu Karak dan menakluknya apabila Reynold pemimpin kubu tersebut menganggu rombongan haji yang menyeberangi dari Sham ke Hijaz (Mekah).

Inilah beberapa contoh kemuliaan dan harga diri yang ditunjukkan oleh generasi silam.

Sementara kita mengalunkan takbir dan tahmid sempena hari raya ini, hari besar umat Islam, mari kita hayati kemegahan dan kemuliaan diri yang telah hilang dari dalam diri kita. Mari kita tebus maruah kita yang telah dirampas. Seterusnya bertaubat kepada Allah SWT dengan benar-benar kembali kepada Islam serta memohon ampun agar Allah SWT melepaskan kita dari bala kehinaan ini, kehinaan dikuasai oleh orang-orang yang bukan Islam.

Sesungguhnya al-fitnah (duduk di bawah orang-orang kafir ) itu lebih berat di sisi Allah daripada sakit berjuang di jalan Allah SWT.



SALAM KEMAAFAN DAN EIDUL FITRI


Sumber : Media ISMA
Maklumat lanjut, kilk sini

Gelombang Azan



Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh orang Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Muslim boleh diseru supaya bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.

SEJARAH PERMULAAN AZAN

Dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r. a. “Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, Ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng. Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Rasulullah S.A.W.(kerana meniup serunai atau trompet dan memukul loceng adalah cara pemanggilan sembahyang bagi masyarakat Yahudi dan Nasrani(Kristian). Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul ini telah diterima oleh Rasulullah S.A.W. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk memberitahu solat dengan mengumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah S.A.W. dan baginda bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar datang kepada Rasulullah S.A.W. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid.

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa: “Rasulullah S.A.W. pada malam Israk telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.



TAHUKAH KITA TERDAPAT PENGAJARAN DISEBALIK LAUNGAN AZAN ITU???

Ada ker??

Tak percaya, tengok Video kt bawah ni :


Semoga bermanfaat

Kuliah Tafsir 1

Selamat Petang semua.

Hari ni saya ingin berkongsi satu slot bersama Ustaz Zahazan dimana dalam video ini, Ustaz mengupas Disebalik turunnya Al-Qur'an dan pengajarannya.



Terdapat 13 slot kesemuanya dan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.

Slot pertama :


Bersambung di slot akan datang

Selamatkan Palestin

Profil Aman Palestin  



Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 64 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli. 

Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan. 

Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu:
  1. Kemanusiaan
  2. Persaudaraan
  3. Kesucian Baitul Maqdis
Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai. 

AMAN PALESTIN 

Aman Palestin mula beroperasi pada akhir 2004 sebagai inisiatif untuk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin. Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin. Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai. Diharapkan agar keperihatinan yang berterusan oleh rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin. 

VISI

Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati sanubari umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang bersaudara, dan kepada yang bukan Islam sebagai rasa kemanusiaan yang tidak terbela sehingga kini. 

MISI 

Membina projek yang nyata di dalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan, disamping menampung keperluan-keperluan segera yang diperlukan. 

Objektif 

Antara matlamat utama ialah:
  1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
  2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan.
  3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara.
  4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO.
  5. Merancang aktiviti secara bersepadu.
  6. Menganjurkan siri-siri forum perbincangan.
  7. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan sebaran am.

Aktiviti 

Bagi memastikan objektif penubuhan Aman Palestin tercapai, pelbagai program dan aktiviti diadakan sama ada di Palestin atau kem-kem pelarian Palestin yang terdapat di Lubnan dan negara sekitarnya. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan secara ringkasnya adalah seperti berikut:
  1. Pembinaan Rumah Anak-Anak Yatim Palestin. Projek ini adalah satu usaha membangunkan rumah anak-anak yatim Palestin yang berada di Palestin ataupun di kem-kem pelarian mereka.
  2. Bantuan Pelajaran Pelajar-Pelajar Palestin. Iaitu menyediakan bantuan pelajaran untuk pelajar-pelajar Palestin yang berada di dalam Palestin dan di kem-kem pelarian mereka.
  3. Bantuan Sara Hidup Yatim Palestin. Projek ini bertujuan menyediakan bantuan sara hidup untuk anak-anak yatim Palestin yang berada dalam kemiskinan dan kemelaratan. Sehingga kini, Aman Palestin menguruskan bantuan sara hidup anak yatim di dalam Palestin dan Lubnan.
  4. Projek Pembiayaan Keluarga Miskin dalam Palestin.
  5. Projek Pertanian Sara Diri di Nablus.
  6. Projek Berbuka Puasa. Menyediakan makanan berbuka puasa untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin.
  7. Bantuan Perubatan Palestin. Bekalan ubat di Palestin tidak mencukupi ekoran sekatan Amerika dan sekatan apartheid Yahudi. Oleh itu projek ini adalah penting untuk menyediakan bekalan ubat yang diperlukan oleh rakyat Palestin.
  8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin. Projek ini adalah untuk membekalkan daging korban untuk pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin sempena Hari Raya Aidil Adha.
  9. Bantuan Hari Raya. Membekalkan makanan dan pakaian yang diperlukan oleh pelarian, anak-anak yatim dan masyarakat Palestin untuk menyambut Hari Raya.
  10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah.
  11. Projek Pusat Kegiatan Anak-Anak Yatim.
  12. Selain aktiviti-aktiviti dan projek di atas, Aman Palestin juga terlibat dalam melaksanakan projek-projek lain seperti Kafah Ibu Tunggal, Projek Puasat Latihan, Projek Pembinaan Pusat al Quran, Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-Anak Pelarian dan Yatim Palestin, Projek Bantuan Pakaian & Beg dan Projek Pakaian Musim Sejuk. 

Kerjasama 

Aman Palestin menjalankan kerjasama dengan institusi-institusi kerajaan, institusi swasta, syarikat korporat, sekolah-sekolah, masjid-masjid, badan-badan kebajikan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO's) di dalam dan luar negara bagi mencapai objektifnya.

Penutup 

Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan cita-cita suci lagi murni ini amatlah dihargai. Hanya ganjaran daripada Allah Ta'ala jua yang selayaknya dan kami bagi pihak rakyat Palestin yang amat-amat memerlukan bantuan mengucapkan jutaan terima kasih.

p/s : 
bagi sesiapa ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aman palestin klik sini
bagi yang berminat turut serta membantu dalam aktiviti Aman Palestin klik sini

Saya Sayang Islam

Assalamualaikum sahabat blogger sekalian. Malam ini merupakan malam yang ke 16 ramadan dan semoganya kita masih bersemangat untuk terus mengekalkan rentak cemerlang yang dihasilkan sepanjang 15 hari yang berpuasa dahulu.
Post kali ini agak istimewa kerana, malam ini aku (S.E.) mahu berkongsi sesuatu yang luar biasa untuk tatapan kalian. Luar biasa disini bermaksud entri kali ini merupakan satu tajuk yang jarang orang fahami dengan jelas kandungannya dan menghayatinya.
Kenapa yer??
Firstly, S.E. nak tanya, APA itu ISLAM?(hah jawab jangan tak jawab)
Dalam kehidupan yang moden ni, Sebahagian umat Islam khususnya telah Memoden kan Islam itu sehinggakan ramai yang tidak tahu dengan JELAS perkaitan antara Islam dengan kehidupan mereka itu di dunia ini. Akibatnya, kita boleh lihat dengan jelas dimana ramainya saudara seagama kita telah hilang identitinya sebagai seorang Muslim, sehinggakan ada yang menganggap identiti yang dicipta barat lebih sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ada juga mereka yang hanya mengamalkan part yang TERTENTU dalam ISLAM yang hanya bersesuaian dengan kehendak dan keperluan mereka sahaja. Sebagai contoh part kahwin, nak kahwin sebab ikut sunnah Nabi. Tapi masalahnya, sunnah yang lain tak pulak nak diikuti. Ada juga golongan terlalu minat dengan berpolitik sehinggakan sering berlakunya pergaduhan antara dua golongan ini. Nabi pun berpolitik katanya, sayangnya sunnah nabi yang lain sering terabai.
Mungkin akibat kehidupan yang terlena ini,mereka terlupa akan sunnah yang lain. Contohnya, sunnah ketika berbicara. Teringat pulak ketika zaman sekolah, dimana ketika itu sedang belajar ayat Qur'an yang maksudnya :
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Surah Al Asr)
Sebaiknya kita berdoa, moga-moga kita dijauhkan dari kalangan orang-orang yang kerugian.
Perpatah ada menyebut, tak kenal maka tak cinta.
Mungkin kerana tidak memahami dengan lebih mendalam, semakin hari, semakin pudar tahapan kecintaan kepada Islam itu sendiri.
Jadi S.E. berharap post kali ni dapat membentuk hati kita agar lebih mudah mencintai ISLAM dan seterusnya bersemangat jitu dalam menegakkan kedudukannya.
Pertamanya, Kalimah ISLAM itu sendiri membawa maksud tunduk dan taat.
Imam Qartubi semasa menafsirkan ayat 19 dalam surah Ali Imran,
"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam" berkata, Islam dalam ayat ini bermaksud 'iman dan taat'. berhubung dengan perkara yang sama, Sayid Qutub di dalam Fi Zilal Quran berkata,
"Islam yang sebenarnya bukanlah sekadar pengakuan, bukan sekadar PANJI DAN BENDERA, bukan sekadar perkataan yang diucapkan ataupun syiar yang dilaksanakan oleh seseorang individu dalam bentuk solat, puasa dan haji. Islam yang diredai oleh Allah sebenarnya adalah Islam yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah, melahirkan ketaatan dan ketundukan serta menjadikan seseorang reda berhukum dengan kitab Allah dalam semua urusan hidupnya"
Dalam bahasa yang mudah difahami, taat dan tunduk ini dituntut dalam setiap perkara dan bidang sesuai dengan agama Islam sebagai agama yang lengkap dan sempurna. Konsep lima puluh-lima puluh iaitu ikut separuh dan tinggalkan separuh bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri.
Dalam kehidupan seharian kita juga banyak contoh yang boleh diambil, misalnya seseorang yang mematuhi Islam dalam ibadah khusus seperti solat dan puasa namun pada masa yang sama mengenetepikan batas-batas halal dan haram aspek ekonomi dan kenegaraan.
Berhubung dengan ayat ini, Allah menyatakan
"Wahai mereka yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." ( Surah al-Baqarah ayat 208).
Sebahagian umat pada hari ini sering tersalah tafsir Islam itu. Kita dapat lihat didalam bulan Ramadan mereka sentiasa menjaga batasan agama. Dari sudut yang positif, Alhamdulillah jika mereka benar-benar ikhlas melakukannya, tetapi S.E. khuatir jika habis bulan Ramadan nanti mereka melupakan ibadah yang telah mereka lakukan sepanjang bulan puasa tadi.
Inilah contoh ketundukan yang salah yang sering dilakukan oleh umat Islam pada hari ini. Selarinya dengan itu Nabi ada bersabda,
"Bertakwa kamu kepada Allah dimana saja kamu berada"
(hadis riwayat Tirmizi-hadis Hasan)
Justeru itu S.E. berharap di dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, kita bersama dapat menghayati tujuan yang perlu dihasilkan dan direalitikan iaitu mendidik diri menjadi orang yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya Takwa itu disampilkan dengan Iman dan Patuh yang selari dengan kehendak Islam itu sendiri.
Sekian saja dari S.E. moga2 kita dapat berjumpa lagi di entri yang akan datang. InsyaAllah

Badr oh badr

Assalamualaikum blogger sekalian. Malam ini aku tampil lagi dengan isu yang lebih universal cket. Kisah ini kisah yang benar dan saya rasa ramai yang mengetahui tentangnya, namun saya juga amat yakin ramai juga tidak mengetahui dengan JELAS mengenainya. mungkin kurang pembacaan sejarah dalam kalangan kita. Mungkin perkongsian saya kali ini dapat membuka mata kita semua.
Permulaannya,Rasulullah SAW merancang untuk menyekat dan menyerang kafilah dagangan Quraisyy yang diketuai oleh Abu Sufian yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam. Rasulullah SAW berhasrat untuk merampas barang dagangan tersebut sebagai ganti harta-harta orang muhajirin yang telah dirampas oleh mereka. Rasulullah SAW juga bertujuan untuk mengurang jumlah yang mungkin terkorban dan dalam masa yang sama mendapat hasil banyak.
Akan tetapi, Allah SWT menghendaki sesuatu yang lebih baik bagi mereka, apabila mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Quraisyy yang diketuai oleh Abu Jahal dengan kekuatan lebih daripada 1000 orang.
Antara peperangan untuk mendapat hak-hak dan peperangan menegakkan prinsip
Allah SWT berkehendak agar peperangan Badar menjadi peperangan untuk menegakkan prinsip bukan semata-mata peperangan untuk mengembalikan hak-hak. Pertempuran dengan bala tentera yang memiliki kekuatan menuntut pergorbanan yang tinggi daripada tentera Muslim yang dipimpin oleh Baginda SAW. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfaal:
وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ
“Dan ingatlah ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua golongan yang kamu hadapi adalah untukmu, sedangkan kamu menghendaki yang tidak mempunyai kekuatan senjata untukmu, tetapi Allah menghendaki untuk membenarkan yang benar dengan ayat-ayatNya dan menumpaskan orang-orang kafir sampai ke akar-akarnya ” (al-Anfaal: 7) Itulah yang dapat dilpelajari oleh Umat Islam sebagaimana yang diungkapkan oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna dalam risalahnya:
“Bahwa pembentukan suatu bangsa, pembinaan suatu umat, untuk mewujudkan harapan, menyokong prinsip-prinsipnya; memerlukan umat yang berusaha melakukan hal ini atau suatu kelompok yang menyeru kepadanya, sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan psikologi yang besar, yang terdiri pada beberapa hal: kemahuan yang kuat yang tidak ada kelemahan di dalamnya, kesetiaan yang tidak tergugat atau ada pengkhianatan di dalamnya, pengorbanan yang murni yang tidak dihalangi oleh adanya tamak dan bakhil, mengenal tentang prinsip, meyakininya dan menghargainya, terlindung dari kesalahan di dalamnya, tidak ada penyimpangan dan tawar-menawar serta penipuan padanya” Kebenaran mesti proaktif dan inisiatif
Ketika mana kafilah dagang Quraisyy bersiap sedia untuk berangkat pulang dari Syam ke Mekah, Rasulullah SAW telah mengutus Busaisah RA sebagai pengintip bagi merisik berita-berita dari kafilah dagang tersebut. Anas bin Malik RA berkata:
Ketika Busaisah datang ke rumah Rasulullah SAW tidak ada sesiapa kecuali beliau dan Baginda SAW. Kemudian Baginda SAW pun berbicara dengan Busaisah. Kemudian Rasulullah SAW keluar lalu bersabda “inna la na talibatan fa man kana zahruhu hadiran fal yarkab ma’a na”, yang bermaksud, “sesungguhnya untuk kita kafilah dagang, maka sesiapa yang bersama binatang tuganggannya maka tungganglah bersama kami”.
Ada beberapa orang sahabat lagi berkata binatang tuganggan kami berada wadi hujung Madinah. Baginda SAW menjawab: “La illa man kana zahruhu hadiran”, yang maksudnya, “tidak melainkan sesiapa yang binatang tunggangannya bersama sekarang” (Riwayat Muslim). Kafilah terlepas, tentera Quraisy berkumpul Abu Sufian bin Harb adalah seorang yang amat berhati-hati.
Ketika dia diberitahu bahawa Muhammad SAW sedang memberi motivasi kepada sahabat-sahabatnya untuk keluar mengejar kafilahnya. Abu Sufian juga telah menghantar utusan kepada kaum Quraisyy untuk memberitahu hal keadaan kafilahnya yang diancam oleh pengikut Muhammad SAW. Pada masa yang sama, Abu Sufian telah menukar laluan perjalanan dengan melalui persisiran pantai. Tindakan Abu Sufian ini akhirnya berjaya menyelamatkan kafilahnya dari serangan Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.
Dalam pada itu, utusan yang diutus oleh Abu Sufian kepada kaum Quraisyy Mekah telah berjaya membangkit kemarahan mereka kepada Nabi Muhammad SAW. Bahkan semua pembesar-pembesar Quraisyy keluar untuk menyahut seruan Abu Sufian bagi menyelamatkan harta-harta mereka, kecuali Abu Lahab yang menghantar wakil.
Tentera Quraisyy telah berkumpul dengan disertai beberapa kabilah arab yang lain. Jumlah tentera Quraisyy yang telah berkumpul mencecah 1300 orang, yang terdiri dari 100 tentera berkuda, 600 perisai dan unta yang banyak. Tentera Quraisyy ini diketuai oleh Abu Jahal. Tentera ini juga telah disertai oleh penyanyi-penyanyi yang memukul gedang dan mengejek-ejek serta menghina orang-orang Islam.
Di sini syura dan di sana kuku besi
Rasulullah SAW memaklumkan kepada sahabat-sahabatnya bahawa kafilah dagang yang menjadi sasaran mereka telah terlepas. Kini mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Quraisyy yang lengkap dengan persiapan perang. Baginda SAW dapat merasai kegelisahan dikalangan sahabat-sahabatnya, ada yang merasa ragu-ragu, ada yang lemah semangat, ada yang rasa mereka perlu berangkat pulang untuk mengelak dari kekalahan dan kemusnahan.
Perasaan sebegini adalah fitrah manusia bila berhadapan dengan sesuatu yang mengancam keselamatan. Lebih-lebih apabila bilangan mereka hanya sekitar 319 orang dan tidak mempunyai kelengkapan perang yang lengkap. Dalam Sahih Al-Bukhari, Al Bara’ RA menceritakan bahawa jumlah tentera Rasulullah SAW yang terlibat dalam peperangan Badar adalah sama dengan jumlah tentera Thalut ketika menyeberangi sungai, iaitu tiga ratus dan beberapa belas orang. Rasulullah SAW tidak mengambil keputusan secara bersendirian. Sebaliknya, baginda meminta pandangan sahabat-sahabatnya dalam urusan ini.
Syaidina Abu Bakar RA lantas bangun menegaskan sesuatu yang amat baik. Kemudian Syaidina Umar Al-Khatab RA pula berucap dan menegaskan segalanya adalah amat baik. Akan tetapi Rasulullah SAW belum berpuas hati. Lalu Saad bin Ubadah RA bangun dan berkata: “Ya Rasulullah! Kamu seolah-olah mahukan pendirian kami? Demi Tuhan yang diriku dalam gengamanNya, seandainya tuan membawa kami mengharungi lautan nescaya kami akan harungi, tak seorang pun akan berkecuali.
Seandainya tuan membawa kami ke Birak Al-Ghimad nescaya kami bertempur bersama tuan tanpa menghiraukan apa pun sehinggalah kita sampai ke sana” (Riwayat Muslim) Dalam pada itu, tentera Quraisyy, telah mendapat tahu yang kafilah dagangan Abu Sufian telah selamat sampai ke Mekah. Sebahagian daripada mereka bercadang untuk kembali ke Mekah. Walaubagaimanapun, Abu Jahal dengan bongkak dan takbur bangun menyeru: “Demi tuhan kita tidak akan pulang kecuali setelah sampai ke Badar.
Di sana kita akan berkhemah tiga malam, kita sembelih sembelihan, kita makan sepuas-pusanya, minum khamar dan kita berhibur dengan penyanyi-penyanyi kita. Sehingga berita pergerakkan dan perhimpunan kita didengari oleh bangsa Arab, lalu mereka akan merasa gerun terhadap kita untuk selama-lamanya” Di sini ketaatan di sana keretakkan
Setelah mengetahui kafilah dangang telah sampai ke Mekah dengan selamat, Bani Zuhrah bangun memberontak dan menarik diri daripada bala tentera Quraisyy lalu pulang ke Mekah. Kekuatan Bani Zuhrah lebih kurang 300 orang. Bani Hasyim juga hendak pulang, namun Abu Jahal berkeras agar mereka tidak pulang, katanya: “kamu tidak boleh bercerai dengan kami, ikut kami sehingga kami pulang”. Selepas itu, tentera Quraisyy terus mara dengan kekuatan seramai 1000 orang tentera. Suasana di pihak tentera Islam adalah berlainan, dimana mereka memberi ketaatan yang sepenuhnya serta sokongan yang padu kepada pemimpin mereka, iaitu Baginda Rasulullah SAW.
Miqdad bin Al-Aswad RA berucap dengan penuh semangat: “Demi Allah kami tidak akan berkata kepada tuan, seperti Bani Israel berkata kepada Musa AS, pergilah kamu bersama Tuhan kamu dan berperanglah kamu bersamaNya, kami akan tunggu di sini; tetapi kami akan berkata: Ayuh maralah kamu berperang, kami akan berperang di kanan dan kiri kamu, kami akan berperang di depan dan dibelakang untuk mempertahankan kamu” (Riwayat Al-Bukhari)
Kemudian Saad bin Muaz RA berucap: “Sesungguhnya kami telah beriman dan membenarkan risalah yang kamu bawa. Kami telah bersaksi bahwa apa yang kamu sampaikan adalah benar. Kami juga telah mempercayai dan berjanji untuk patuh dan taat kepada mu; wahai Rasulullah! Ayuh mara ke hadapan, dan kami akan bersamamu. Demi Allah yang mengutuskan kamu dengan kebenaran, seandainya tuan membawa kami mengharungi lautan nescaya kami akan harungi, tidak ada seorang pun dari kami yang berkecuali. Kami gembira jika tuan membawa kami berperang dengan musuh esok. Kami adalah orang yang benar dan sabar di medan peperangan. Semoga Allah memperlihatkan sesuatu yang menyenangkan mata memandang. Ayuh bawalah kami ke hadapan dengan penuh keberkatan dari Allah”.
Pimpinan dan tentera berkongsi
Setelah mendapat mendapat sokongan dan taat setia dari semua tenteranya, Rasulullah SAW memerintahkan agar tenteranya meneruskan perjalanan ke Badar. Oleh kerana binatang tugangan yang di bawa tidak mencukupi, mereka terpaksa berkongsi binatang tugangan dengan menunggang secara bergilir-gilir. Rasulullah SAW sendiri berkongsi tugangan dengan dua sahabatnya . Abdullah bin Masud RA menceritakan:
“Pada peperangan Badar mereka berkongsi seekor unta untuk 3 orang sebagai tugangan. Rasulullah SAW berkongsi dengan Syaidina Ali RA dan Abu Lubabah RA. Bila tiba giliran Baginda SAW berjalan kaki, Syaidina Ali RA dan Abu Lubabah RA berkata: “wahai Rasulullah! kamu tungganglah unta, biar kami berdua berjalan untuk kamu”. Baginda SAW lalu bersabda: “ma antuma bi aqwa minni wa ma ana bi aghna anil ajri minkuma” yang bermaksud: “Aku lebih gagah dari kamu berdua dan aku juga memerlukan pahala seperti kamu”" ( RiwayatAhmad)
Mengambil sebab musabab adalah manhaj Islam
Rasulullah SAW menggerakkan tenteranya mendahului tentera musyrikin ke Badar. Baginda SAW mengarahkan tentera Muslimin mengambil tempat yang paling hampir dengan perigi. Al-Hubab bin Munzir RA bertanya: “wahai Rasulullah! Apakah tempat ini adalah sesuatu yang ditentukan oleh Allah sehingga kita tidak boleh maju atau mundur walau setapak pun? Atau apakah ianya sebagai pemilihan strategi atau taktik perang?” Baginda SAW menjawab: “Bal huwa ar rakyu wal harbu wal makidatu”, maksudnya: “ia adalah strategi dan taktik semata-mata”
Hubab RA berkata: “Jika begitu wahai Rasulullah, ia bukan tempat yang sesuai. Tuan bolehlah berpindah ke perigi musuh, kita musnah dan timbuskan semua kolam-kolam ditepinya dan kita bina takungan dan penuhkan air dalam takungan itu, supaya semasa berlaku pertempuran kita ada air untuk minum manakala musuh kekeringan dan kehausan”. Baginda SAW menjawab: “kamu telah memberi pendapat yang baik”
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan alam dan kehidupan ini ada sistem-sistem, ada peraturan-peraturan dan ada undang-undang yang dinamakan sunnatullah. Umat Islam diperintah supaya mengambil sebab-musabab dan tidak melanggar sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri sentiasa mengambil sebab-musabab dalam setiap tindakan. Baginda SAW sentiasa memelihara sistem dan peraturan, meskipun Baginda SAW mendapat wahyu dari Allah SWT. Oleh itu, dapat kita fahami bahawa tidakan mengambil sebab-musabab adalah sebahagian daripada hakikat beriman dengan qadha dan qadar.
Penuh thiqah dan tawadhuk
Sebelum berlaku pertempuran, Rasulullah SAW berjalan ke medan yang akan berlaku pertempuran, sambil menunjuk dengan tangannya dan bersabda:
“Haza masra’u fulanin ghadan” yang bermaksud: “ini tempat kematian si pulan” dan meletakkan tangannya di tempat tersebut ; “Wa haza masra’u fulanin ghadan” dan Beliau meletakkan tangannya di tempat tersebut; “Wa haza masra’u fulanin ghadan wa wadha’a yadahu alal ardhi” dan ini tempat kematian si pulan besok dan Beliau meletakkan tangannya di tempat tersebut. (Riwayat Abu Daud) Baginda SAW amat thiqah dan yakin dengan pertolongan Allah SWT serta tenang dengan janji kemenangan yang Allah SWT janjikan kepadanya. Firman Allah SWT:
وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ
“Dan ingatlah ketika Allah menjanjikan kepadamu bahawa salah satu dari dua golongan yang kamu hadapai adalah untuk kamu” (al Anfal: 7) Golongan pertama, iaitu kafilah dagang Quraisyy telah terlepas. Maka seolah-olah janji untuk mencapai kejayaan ke atas golangan kedua, iaitu tentera Quraisyy yang diketuai oleh Abu Jahal adalah suatu yang pasti dengan perintah Allah SWT. Namun begitu Rasulullah SAW tetap luju’ illallah (kembali kepada Allah) dan terus bertadarru’ (merendah diri) kepada Allah. Syaidina Ali RA menceritakan:
“semasa peperangan Badar, hanya Miqdad RA menunggang kuda. Semua di kalangan tentera tidur kecuali Rasulullah SAW yang sedang bersembahyang dan menangis sehingga waktu pagi di bawah sepohon pokoki” (Riwayat Ahmad)
Di sini tenang di sana gelisah
Pada malam Jumaat 17 Ramadhan tahun kedua hijrah, Rasulullah SAW menghabiskan masanya dengan bersembahyang kepada Allah. Sedangkan tentera Muslimin diberi nikmat oleh Allah, mereka dapat tidur dengan tenang dan bangun penuh keyakinan dan mendapat rehat yang secukupnya. Nikmat tidur ditambah lagi dengan nikmat turun hujan yang menyegarkan badan mereka, mengejabkan tanah dan mengetat ikatan pasir, menguatkan pendirian dan menghilangkan was-was syaitan. Firman Allah SWT:
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ
“Ingatlah ketika kamu dilitupi oleh perasaan mengantuk, sebagai satu pemberian aman daripadaNya dan ingatlah ketika ia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu, dan menghilangkan gangguan-gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan pendirian kamu” (Al-Anfal: 11)
Sebaliknya tentera Quraisyy diselubungi kegelisahan dan ketakutan. Pihak Quraisyy telah menghantar Umair bin Wahab untuk meninjau kekuatan tentera Muslimin. Selepas pulang dari meninjau Umair telah memberi amaran yang menakutkan mereka. Lalu Utbah bin Abi Rabiah berkata: “Wahai kaumku! Aku berpendapat kamu berhadapan dengan kaum yang mencari kematian, jangan kamu bertempur dengan mereka.
Wahai kaumku! terimalah pendapat ku dan marilah kita pulang”. Lalu kaumnya menjawab bahawa Utbah penakut, dan Utbah menjawab bahawa dia bukan seorang penakut. Kemudian Abu Jahal menjawab kalau orang lain yang berkata begitu nescaya aku dah bunuhnya dan engkau dah diserapi perasaan takut. Utbah menjawab ia engkau hina aku, esok kita akan tahu siapa yang penakut.
Yang mendahului saf seperti terakhir
Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang disiplin di kalangan tenteranya. Baginda SAW menyusun sendiri saf tenteranya. Abu Ayub Al-Ansari menceritakan bagaimana Rasulullah SAW menyusun sendiri barisan ketenteraanya dan beberapa orang yang terkeluar barisan yang disusun, lalu Baginda SAW bersabda kepada mereka: “bersamaku… bersamaku”. Seterusnya memberi amaran dengan sabdanya:
“La yataqa’damanna ahadun minkum ila syai’in hatta akuna ana u’zinuhu” yang bermaksudnya: “Jangan seseorang pun daripada kamu melakukan sesuatu sehinga aku memberi keizinan padanya” (Riwayat Ahmad)
Baginda SAW begitu teliti dan berdisiplin dalam menyusun saf tenteranya, ini adalah kerana berdisiplin adalah di antara tanda kekuatan kesatuan tentera muslimin yang akan berhadapan dengan tentera musyrikin Quraisyy.
Taghut pemusnah kaum
Selepas perselisihan di antara Abu Jahal dan Utbah bin Rabiah berlaku, Abu Jahal merasa bimbang dengan suara-suara penentangan yang semakin menjadi-jadi di kalangan tenteranya. Begitu juga dengan suara-suara yang mahu mereka pulang ke Mekah. Dia pun segera bertindak bagi menghapuskan suara-suara tersebut . Beliau menghantar orang menemui Amir bin Al-Hadharami, iaitu saudara Amru bin Al-Hadharami yang terbunuh dalam pertempuran dengan Sariyah Abdullah Jahsy, dengan berkata: “Itu dia Utbah, sekutu kamu, hendak pulang dengan pengikut-pengikutnya. Kamu sendiri tahu bahawa kita keluar untuk menuntut bela terhadap saudaramu. Ayuh bangun cari mana dia percabar dan pembunuh saudaramu”.
Lalu Amir bin Al-Hadharami bangun sambil melaung: “Wahai Amru! semangat kami telah memuncak dan kami bertekad menuntut bela atas kematianmu”. Amir bin Al-Hadharami telah berjaya mengapi-api semangat kaum Quraisyy untuk terus berperang, maka terpadamlah seruan pulang yang dilaungkan oleh Utbah.
Begitulah sikap pemimpin taghut yang sentiasa bersikap kuku besi dan tidak mahu mendengar nasihat yang baik, malah mereka sanggup menghina dan menggorbankan kaumnya sendiri demi hawa nafsu dan kepuasan mereka.
Ikatan akidah mengatasi keturunan
Pertempuran bermula dengan pertarungan satu lawan satu. Maka keluar tiga pahlawan Quraisyy iaitu Utbah bin Rabiah, saudaranya Syaibah bin Rabiah dan Al-Walid, anak Utbah, lalu segera disahut oleh tiga pemuda Ansar iaitu Auf dan saudaranya Muaz bin Al-Harith, serta Abdullah bin Rawahah. Utbah bertanya: “siapa kamu?” Mereka menjawab: “Kami adalah pemuda Ansar”. Utbah menolak untuk bertarung dengan pemuda Ansar sambil berkata: “Kami mahu lawan yang sepadan. Kami mahu anak bapa saudara kami dari Bani Abdul Mutalib”. Rasulullah SAW menyahut dengan berkata: “Wahai Ali, Hamzah dan Ubaidah bin Harith bin Abdul Mutalib bangun”.
Lalu mereka bangun dan tampil ke hadapan. Ubaidah RA bertarung dengan Utbah, manakala Hamzah RA pula berlawan dengan Syaibah, dan Ali RA berhadapan dengan Al-Walid. Hamzah RA dan Ali RA berjaya membunuh lawan masing-masing dengan pantas. Akan tetapi, pertarungan di antara Ubaidah RA dan Utbah berlangsung dengan sengit dan kedua-duanya tercedera, lalu Hamzah RA dan Ali RA segera membantu dan membunuh Utbah.
Berakhirnya pertarungan satu lawan satu yang merupakan satu malapetaka kepada tentera Quraisyy. Mereka kehilangan tiga pahlawan berkuda, malah mereka bertiga adalah dari kalangan pemimpin mereka. Kemarahan tentera Quraisyy tidak dapat dibendung lagi, lantas mereka terus meluru menyerang tentera Islam.
Keselamatan Daie merupakan keselamatan dakwah
Rasulullah SAW menyedari bilangan tenteranya hanya satu pertiga daripada tentera musuh. Rasulullah SAW berdoa dan bermunajat memohon restu kepada Allah SWT agar menunaikan janji-janjiNya dengan bersabda: ” Allahumma anjiz li ma wa a’dtani, Allahumma aati ma a’dtani, Allahumma in tastahlik hazihil i’sobati min ahlil Islam la tu’bad fil ardhi” (Riwayat Muslim). Maksudnya: “Ya Allah! perkenankanlah kepadaku apa yang telah Engkau janjikan, Ya Allah berilah kepadaku apa yang telah Engkau janjikan. Ya Allah! sekiranya kelompok Islam ini musnah nescaya Engkau tidak disembah lagi di dunia”
Sudah menjadi adat peperangan, ada yang terkorban dan ada yang syahid. Justeru, lahir perasaan hendak menjaga kesinambungan dakwah dan menjaga keselamatan kelompok yang mendokong dakwah. Sekalipun orang-orang Islam yang tidak ikut serta peperangan Badar, masih ramai di Madinah. Namun, doa dan munajat Baginda SAW yang begitu bersungguh dan serius menunjukkan kedudukan, keutamaan dan kepentingan kelompok kecil yang terdiri daripada golongan Muhajrin dan Ansar ini dalam rangka memartabatkan risalah Islam.
Ini dapat kita fahami daripada doa Rasulullah SAW: “Ya Allah! sekiranya kelompok Islam ini musnah nescaya Engkau tidak disembah lagi di dunia”.
Kemenangan dari Allah
Doa dan munajat Rasulullah SAW adalah kemuncak ubudiah kepada Allah SWT serta persaksian bahawa kemenangan hanya datang dari Allah SWT. Allah SWT sekali-kali tidak akan memungkiri janjiNya. Ada pun Rasulullah SAW fana’ dan tawadhuk ketika berdoa sambil menadah tangan ke langgit itulah ubudiah.
Hakikat inilah yang menjadi pegangan para sahabat RA. Peristiwa dapat kita lihat jelas ketika Abu Bakar datang meletakkan kain serban ke atas bahu Baginda SAW yang sedang berdoa, lalu berkata: “Dah cukup wahai Rasulullah dengan permintaan kau kepada Allah, sesungguhnya Allah perkenankan permintaanmu. Lalu Allah SWT berfirman:
إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ
“Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan mu lalu diperkenankanNya bagimu sesungguhnya aku akan menurunkan bantuan kepada mu dengan seribu Malaikat yang berduyun-duyun”" (Al-Anfal: 9) Sumber : media PEMBINA