Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 63 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Sememangnya mereka memerlukan sokongan yang padu untuk mendapatkan semula hak-hak mereka yang telah dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Justeru itu, Rakan Al-Aqsa UTHM telah ditubuhkan untuk bersama-sama memberi sokongan yang jitu kepada Rakyat Palestin umumnya dan Warga Gaza khususnya.
Disini, saya mengajak teman-teman untuk turut serta menyertai Rakan Al-Aqsa UTHM dan bersama-sama membawa agenda Palestin dalam masyarakat.
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi terus seketariat Rakan Al-Aqsa UTHM melalui :
Email : bpscores@gmail.com