Warna-Warna Kehidupan
WARNA-WARNA KEHIDUPAN
Dalam kehidupan seharian, kita memerhati bahawa ada manusia yang berjaya dan ada manusia yang gagal dan kecewa dalam kehidupan. Mereka yang berjaya menghadapi kehidupan dengan penuh semangat sedangkan mereka yang gagal sentiasa berasa lemah serta tidak bermaya menghadapi kehidupan seharian.
Mereka yang gagal merasakan hari yang berlalu cukup lambat padahal mereka yang berjaya sentiasa merasakan masa tidak mencukupi.
Mengapa perlu ada dua keadaan yang berbeza?Padahal Allah memberikan peluang itu secara adil.Mengapa ada yang mampu mengambil manfaat? Dan mengapa ada yang gagal mengambil manfaat?
Hidup kita ini dicorakkan oleh apa yang ada dalam diri kita. Umpama buah anggur akan mengeluarkan jus anggur apabila diperah dan mustahil mengeluarkan jus harumanis.Begitu juga apa yang ada dalam diri kita akan dimanifestasikan oleh akhlak, tigkahlaku dan sebagainya.
Jati diri kita atau kekuatan dalaman ini bermula dengan pemikiran sedar dan separa sedar. Pemikiran separa sedar kita sebenarnya lebih banyak mempengaruhi tingkah laku dan keputusan yang kita buat. Pemikiran ini dibentuk oleh apa yang kita baca (ilmu ) dan persekitaran kita (bi’ah). Ini akhirnya akan membetuk kerangka pemikiran serta blue print dalam kehidupan kita.
Cabaran terbesar yang diperhatikan penulis adalah kepayahan kita untuk menetapkan matlamat. Hidup yang tiada impian/cita-cita/matlamat umpama kapal yang berlayar tanpa tahu destinasi.Hidupnya sia-sia , semangat kurang dan hidupnya penuh dengan kisah duka.
Sebaliknya, Sseseorang yang punyai matlamat akan dilihat lebih bersemangat, berfokus serta sanggup berkorban untuk mencapai matlamat tersebut.Namun persoalannya sekarang apakah matlamat yang terbaik buat diri saya dan saudara sekalian?Bagaimana kita tahu bahawa itulah matlamat yang terbaik buat kita? Adakah memadai untuk kita mencari ikon-ikon di sekitar kita dan terus memasang impian seumpama mereka?
Banyak pakar telah mengkaji aspek ini dan mereka member pelbagai formula untuk kita berjaya dalam hidup yang singkat ini.Saya merujuk sebahagian daripada buku “Success Built to Last” karya Jerry Poras untuk perkongsian bersama.
Pertama :
Bagi mencari suatu matlamat yang jelas serta bererti buat diri, ia bermula dengan suatu IMPIAN indah. Pasanglah impian setinggi mungkin agar tiada siapa yang mampu mengganggu impian mu. Hanya mereka yang berjiwa besar yang mampu bermimpi indah serta yakin pada impian itu untuk tercapai. Yang penting janganlah kita takut untuk bermimpi. Selaku belia Melayu-Muslim sudah tentu impian terbesar kita adalah untuk menyumbang sesuatu yang bermakna buat Umat dan bangsa yang tercinta ini.
Kedua:
Impian yang ingin digapai perlu akan tertacap dalam hati kita hanya apabila ia memberi MAKNA yang mendalam pada impian kita. Jadi kita harus meletakkan makna yang besar dalam setiap impian kita. Ini boleh dilakukan dengan kita memanjangkan niat.Sebgai contoh sekiranya saudara seorang mahasiswa/i kejuruteraan bioperubatan, aktiviti pembelajaran bukanlah sekadar ditujukan untuk mencapai keputusan terpuji namun lebih dari itu saudara/I harus memasang niat bahawa dengan ilmu yang dipelajari akan membantu masyarakat sihat dalam kehidupan seharian.
Dan dengan kehidupan yang sihat ini, moga-moga masyarakat akan jadi lebih fokus dan lebih giat dalam ibadah kepada Allah s.w.t.Supaya akhirnya nanti negara Malaysia tercinta ini akan terus dilimpahi rahmat Allah kerana mempunyai masyarakat yang mempunyai tahap ubudiyah yang tinggi pada Allah serta masyarakat yang sentiasa bersyukur!
Nah, bukankah ini merupakan semulia-mulia pekerjaan sekiranya kita mampu membina masyarakat yang diredhai Allah!Ingat bahawa sekecil-kecil pekerjaan akan diberi ganjaran yang besar apabila matlamat(niat) kita tinggi dan ikhlas, namun sebesar-besar pekerjaan akan menjadi kecil dihadapan Allah apabila matlamat (niat) kita rendah dan lebih teruk kalau hanya mengharapkan perhatian/pengiktirafan manusia.
Ketiga :
Setelah ada makna yang besar, ia harus diolah agar membentuk suatu PEMIKIRAN. Seperti yang kita sebutkan sebelum ini, pemikiran separa sedar kita banyak mempengaruhi corak kehidupan kita seharian.Hal ini dapat diterangkan melalui Intelligence quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) . Mereka yang hebat mempunyai IQ dan EQ yang tinggi.Hal ini terbentuk dengan ilmu(IQ) serta interaksi (EQ) kita pada alam sekeliling.
Semakin banyak ilmu yang bermanfaat dibaca seperti Solusi, Asas-Asas Islam, Keluasan Islam dan banyak lagi, maka semakin sihatlah otak pemikiran kita tapi kalau setakat baca Mangga,Mastika dan majalah picisan yang lain,al-hasilnya kelak akan membentuk jiwa-jiwa yang lemah. Begitu juga dengan ibu bapa, keluarga,rakan-rakan di sekeliling kita yang membentuk bi’ah (persekitaran) kita.
Rakan yang baik akhlaknya seumpama penjual minyak wangi dan rakan yang buruk akhlaknya seumpama pengimpal logam. Jadi pilihlah mereka yang punya akhlak terpuji sebagai teman akrab kita.Ciri-ciri teman yang baik adalah sentiasa mengingatkan kita pada Allah dan saling menegur bila kita berbuat kesilapan. Antara tips mencari rakan yang akhlak baik adalah mereka yang sentiasa mengimarahkan masjid dan lebih khusus pada solat Subuh dan Solat Isya’.Ilmu (dari media cetak atau media elektronik) dan bi’ah yang kondusif akan mampu menjadi kita insane berperibadi teguh!
Keempat :
Setelah kita tahu apa yang kita mahu dan peta kehidupan sudah dilakar,maka tanyalah pada diri sendiri Dimana kita berada sekarang(guna analisa SWOT) ?bagaimana hendak ke destinasi (analisa SMART)?Justeru BERAMALAH/ BERTINDAKLAH!
Kelima :
Terakhir sekali, belia Muslim yang terbaik adalah mereka yang meletakkan TAWAKAL kepada Allah pada perancangan serta usaha yang dilakukan.Janganlah gundah atau resah kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung kita.Tiada siapa yang mampu memberi kejayaan melainkan Allah.
dipetik dari artikel peta kehidupan-PEMBINA