Rintihan kekesalan

 

baby

Alhamdulillah ku telah berjaya tempuhinya…

Peristiwa semalam masih tidak ku lupakan. Kini ku hampir terasa kehangatan yang dulu sering diperingatkan. Setelah hampir dua tahun aku menceburkan diri di dalamnya, kini baru aku terasa kepanasan tubuh dan keletihan diri untuk berjuang di dalamnya. Memori manis yang pernah dicipta bersama teman-teman kini di cuit kembali sehinggakan air mata ku tidak semena-mena berjujuran ibarat hujan di pinggir kota.

Aku tidak mampu menanggungnya lagi Ya Allah….

Sesungguhnya aku tidak sekuat dulu Ya Allah. Kekuatan yang pernah Kau beri kepadaku kini menghampiri titik noktahnya. Ku tidak mahu ini terjadi kepadaku Ya Rabb. Ku sedar ini  disebabkan perilaku yang mementingkan diri ini. Mungkin sebab ini juga Teman-Teman yang pernah disisi menyisihkan kan diri, melarikan diri dengan tidak semenanya.

Keasyikan ku menyebabkan semua orang yang pernah disisi melarikan diri. Berlari sehingga ku terasa keseorangan kembali. Mungkin ini hanya permainan syaitan yang mahu membohongiku. Aku tertipu dengannya. Aku meminta maaf wahai sahabatku sekalian. Kini ku hanya mengharap memori yang pernah dicipta berulang kembali.

Sesungguhnya Ampunkan Aku Ya Allah….

Ku Akui Semua ini disebabkan perilaku diri ini  Ya Allah. Ku akui diri ku hina kerananya.Ku tidak Mahu menjadi Hina Selamanya Ya Allah.Itulah yang ku takuti.

Sesungguhnya Ku mengharap Pertolongan dari Mu Ya Rabb.

Menjadi Tunangan Tanpa Disangka

(artikel ini di diedit cket2 dari iluvislam)

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

agak2 kan apa jawapan bagi masalah ini kan???

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."